Resepi #1: Kek Batik Super Best Super Mudah!

Assalamualaikum! Hello everyone! :)

Ya Allah! Tau tau! Tak payah cakap dah. Dah lama gila tak update blog kan? Sorry sangat. Aku busy sangat lately. Alhamdulillah aku dapat sambung blajaq lagi. Universiti Sains Islam Malaysia. Nanti entry lain aku cerita okey? Tu la sibuk uruskan bayaran yuran, borang-borang sume.

Haa ni haa. Malas nak bebel panjang-panjang ni. Nak share resepi sikit ni. Ihiks;-). Ni la first time nak share pun. Sebab aku rasa, benda baik kan. Baru best nak share. Pasni kalo ada resepi best-best aku share lagi.

Resepi kek batik ni resepi mak aku. Tak tau la turun temurun ke ape. Tapi seriously memang best, memang sedap, memang senang gila. Lagipun kalau ikut resepi ni lain sikit. Selalu kek batik cam lembik-lembik je kan, kali ikut resepi ni dia jadi keras. Memang nalaaaa la. Haha.

Bahan-bahan


Biskut Marie- 250gm
Susu pekat- satu tin(kalau taknak manis sangat, boleh kurangkan)
Satu buku Butter- 250gm
1 cawan milo. (Nak pekat lagi, lebihkan sikit)

Cara-cara:


1. Cairkan butter. Pecah pecahkan biaq senang cayaq. 


2. Masukkan susu. Kacau biaq sebati. Api dia guna api kecik je tau. 


3. Masukkan milo. Kacau jugak sampai sebati. 


4. Masukkan biskut marie. Masukkan sikit dulu pastu kacau biaq sebati. Lepastu masuk lagi, kacau lagi. Sampai habis. 


5. Masukkan dalam bekas. Ambik plastik, lepastu tekan-tekan sampai padat. 

Siapppp!

Haa, senang tak senang? Bahan ade empat je kot. Adunan ni boleh dapat dua bekas camni. 

Selamat mencuba, semua!

Toddles






Entah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Manusia ni, bila buat berapa banyak kebaikan pun orang tak pandang.

Cuba sekali buat salah. Tak kira lah besar ke kecik ke. Sampai ke mati dia ingat.

Aku bukan nak kata apa. Cuma, aku sendiri yang rasa.

Entah.

Bila kau tak pandai, kau buat apa pun jadi salah kat mata semua orang.

Bila kau tak pandai, kebaikan menggunung pun orang  butakan mata.

Bila kau tak pandai, pengorbanan kau untuk orang lain tak pernah diendah.

Entah.

Kadang-kadang aku sendiri tak tahu nak meluah pada siapa.

Bila yang pandai menjadi sanjungan.

Bila yang pandai menjadi ingatan.

Bila yang pandai sempurna segalanya.

Entah.

Cuma ingat.

Jangan nanti yang tak pandai itu hilang, jangan dicari, ditangisi dan diingati setiap masa.

Aku serahkan semuanya pada Allah.

Wallahua'lam.

NISA HUSIN ; 1:08AM, 29 JULAI 2014