Entah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Manusia ni, bila buat berapa banyak kebaikan pun orang tak pandang.

Cuba sekali buat salah. Tak kira lah besar ke kecik ke. Sampai ke mati dia ingat.

Aku bukan nak kata apa. Cuma, aku sendiri yang rasa.

Entah.

Bila kau tak pandai, kau buat apa pun jadi salah kat mata semua orang.

Bila kau tak pandai, kebaikan menggunung pun orang  butakan mata.

Bila kau tak pandai, pengorbanan kau untuk orang lain tak pernah diendah.

Entah.

Kadang-kadang aku sendiri tak tahu nak meluah pada siapa.

Bila yang pandai menjadi sanjungan.

Bila yang pandai menjadi ingatan.

Bila yang pandai sempurna segalanya.

Entah.

Cuma ingat.

Jangan nanti yang tak pandai itu hilang, jangan dicari, ditangisi dan diingati setiap masa.

Aku serahkan semuanya pada Allah.

Wallahua'lam.

NISA HUSIN ; 1:08AM, 29 JULAI 2014

No comments: