Marrybrown

Assalamualaikum. Hello everyone :) 

Okay. Kita ni kan, selalu tertarik pada benda yang famous kan? Maksudnya, apa-apa pun mesti nak tengok pada kepopularitian. Pencuci muka nak famous, syampu nak famous, berus gigi pun nak famous jugak. Inikan pulak pasal makanan. Tak famous taknak makan. Takde kelas. Padahal yang tak famous tu, lagi sedap, lagi murah dari yang famous. Kan? Makanan yang tak famous tu, macam mana nak jadi famous kalau kita tak famouskan? *haa, berapa banyak famous dah. 

Okay. So, hari ni, aku nak buat review sikit pasal Marrybrown. Ramai yang tak tau, sebenarnya Marrybrown ni lagi best dari fast food yang lain. Termasuklah aku. T_T. Aku pun baru tau Marrybrown ni best sebab kakak aku bawak. Kalau tak, aku stick je lah kat KFC, McD semua tu. Okay first. Actually, Marrybrown ni takde lah teruk sangat. Memang tak teruk pun. Best lagi ada. Makanan dia pun boleh tahan lah sedap. Setakat yang aku dah makan ni, sedap lah semua. Burger ayam dia paling thorbaik sekali. Tapi lupa nak tangkap gambar. Haha. Lepastu, mee kari dia pun sedap. Pun lupa nak tangkap gambar. Haha. Dua tiga hari yang lepas, aku pergi makan kat situ lagi. *tiba-tiba ketagih. And aku try ayam dia. Macam chicken chop. Tapi ayam dia dua ketul tahu! Dengan coleslaw, dengan kentang. RM8 lebih je. Sekali air pulak tu. Sila menangis sekarang. Kakak aku makan nasi ayam dia. Sedap jugak. 

Lepastu, apa yang lagi thorbaik nya, Marrybrown ni bagi kemudahan dekat kita. Contoh la kita nak kata kita srudent takdak duit nak makan mahal-mahal hari-hari, Marrybrown ada bagi kad diskaun untuk student. Ada set burger ayam, nasi ayam dengan ayam seketul sekali dengan air tau, dia bagi RM5 je tau tak! Itu pun nak kata mahal lagi? Tak cukup dengan tu pulak, Marrybrown ada bagi kad diskaun oi ! 10% daripada harga dapat potongan. Huii. Mana nak cari? Fast food lain tu refill air pun kena 50 sen. Eh? Lepastu pulak, mula-mula tu aku ingat kan kena bayar. Sekali dia bagi free je. Masa nak mintak kad student tu, staff tu boleh kata, "Nak banyak pun boleh,kak". Terus tak jadi marah sebab panggil kak. *i muda lagi tau. Walaupun aku baru-baru lagi terjebak dengan Marrybrown ni, tapi aku memang puas hati la. Kalau nak cakap pasal kebersihan pun, memang tiptop jugak lah. Bersih berkilat. 

Ni ha kad diskaun. Yang kecik tu, kad student. Sape nak boleh mintak. Banyak sangat dia bagi ni. T_T

Aku bukan lah nak kipas Marrybrown suruh ambik aku jadi Duta pulak ke. EH? Tapi, ni pandangan aku sebagai pengguna. Aku nak bukak fikiran semua orang. Tak famous tak semestinya tak sedap. Okay? Jom sama-sama pegi Marrybrown. :)

Toddles :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni nak cakap ni. Nampak kan iklan Nuffnang dengan Tabung Kereta kat sebelah ni kan? Tolong la rajin-rajinkan click ni ye? Tak susah pun. Tak sakit pun kalau click. Aku nak beli kereta sendiri. Taknak bebankan mak ayah lah katanya. Memang nampak macam sikit. Tapi lama-lama jadi bukit kan? Terima kasih semuanya. :')











No comments: