MEdSI Test

Assalamualaikum. Hello everyone :)

Okay. Dalam previous entry dah janji kan nak tulis pasal my experience through MEdSI test. Hehe. Actually, at first tak sangka lah kan yang terpilih untuk ujian ni. Saja-saja nak cek nama sebab semua orang pakat share status kata dapat interview sana sini kan. So, saja gatai jaa. Sekali, nah kau. Dia bagi MEdSI test pulak. Time tu tinggal few days je for the test. Tak tau nak describe feelings apa. Macam takde perasaan pun ada. Tapi both my parents memang excited lah. Happy agaknya sebab anak dia dapat peluang sambung belajar.

Okay. Bila sampai hari test tu, memang pagi-pagi hari lagi kami dah keluar. After Subuh. Walhal test tu pukul 10.30 pagi. We should expect the unexpected kan. Takut-takut lah jalan jem ke, orang buat demonstrasi ke, ape ke pulak kang. Payah pulak. So dalam pukul 6.30 pagi kitorang dah bertolak ke Tanjung Malim. Dahlah kitorang memang keluar awal, lepastu my dad bawak kereta memang laju sangat lah. Selalu kalau bawak kereta takat 60km/jam. Haritu siap bawak dekat 100km/jam. Sebab jalan lengang, best bawak laju-laju agaknya. -_-

Dalam pukul 8.40 pagi kitorang dah sampai. 8.40 pagi okey. Test pukul 10.30 pagi. Memang expect the unexpected sangat. -_- Then, kitorang terus je pegi UPSI. Sebab takut tak jumpa tempat ke ape kan. Sampai-sampai je, memang kitorang sesat pun. Nasib baik. Tempat test nya dekat depan je. Kitorang boleh masuk sampai dalam. Jenuh memusing. My mom dulu ex-UPSI. Memang menggamit memori sangat lah bila masuk balik kat situ. Dah banyak sangat berubah katanya. Haha. Of course lah mak. Zaman globalisasi kan. *haa, BM sangat.

Disebabkan kitorang tak tau nak buat apa dah, kitorang duduk je melangut dekat luar. Haa, tau ke melangut tu apa? Macam duduk-duduk saja lah. Haha. Tengok orang sesi sebelumnya tengah test. Test online je. Oh, lupa pulak nak terangkan pasal MEdSI. Okay. MEdSI stands for Malaysian Educators Inventory Test. Means, for those yang nak ambik course education, tak kira lah dekat mana-mana universiti sekalipun, they have to sit the MEdSI test. Kira macam nak tengok lah sejauh mana minat dan kecenderungan kita dalam bidang education. The test consist of 300 questions. And kena jawab dalam masa satu jam. Ada empat bahagian. Personaliti, minat kerjaya, nilai integriti dengan kecerdasan emosi. Maybe ramai yang kata "soalan tu senang je, nampak je macam banyak. Tapi kacang goreng lah". Memang kacang goreng sangat kan. Soalan tu soalan psikometrik. Kiranya soalan dia banyak yang keliru. Dan masa jawab soalan tu, kita kena letak diri kita as a teacher. Walaupun tak sama dengan diri kita yang sebenar, untuk kepentingan masa depan, kena pandai tipu-tipu sikit tau. T_T

Okay. Bila sampai je turn untuk second session, masa tu baru nak start nervous. Hukhuk. Actually, memang test start on 10.30 a.m. Tapi, kita kena sampai half an hour earlier. Sebab, bila masuk tu, dia akan suruh kita isi butir-butir diri. Semuanya online. Tapi masa test tu, selalu sangat keluar server error tau. Terus kena mini heart attack. "Eh, dah send ke ni?", "eh, macam mana ni?", "eh, kenapa server error pulak ni?". And sebab nervous tu, terus panggil brader yang jaga bilik tu, "abang". Eh, sukahati aku je kan. Patutnya panggil lah encik ke, tuan ke. Haa, terus kena jelingan maut dari orang sebelah. Sentap tau. T_T

Jawab punya jawab punya jawab, eh tiba-tiba dah habis. Em. Baru setengah jam ni. Boleh keluar lah kot. Dengan rasa bangga nya keluar dari bilik tu. Lepastu kena marah dengan abah. Sebab keluar awal sangat. "Tak check jawapan banyak kali ke?", "kalau salah banyak macam mana?". Haa, sentap lagi sekali tau. T_T. Lepastu bila nak balik tu, tiba-tiba terasa lah macam nak take a photo kan. Suruh abah berenti kejap. Lepastu tangkap gambaq dengan mak. Haa, buat tak segan je kan orang lalu lalang tengok. Haha.

Walaupun kena marah, tetap boleh senyum lagi tau. Haha.


Then, terus je balik lepastu. Tak singgah-singgah pun. Baru nak singgah pekan Tanjung Malim nak cari tudung. Sentap untuk kali ketiga. T_T Hukhuk. So, itu je lah experience yang boleh dicerita. Kalau ada apa-apa yang tak jelas lagi boleh tanya na? Ceh, macam tau sangat je. Haha. Takpe. Mana yang tau, boleh je kongsi sama-sama kan. :)

Toddles. :)





No comments: