Cameron Highland 2014

Assalamualaikum. Hello everyone. :)

Okay. Rabu lepas dah start cuti sekolah kan? So, semua student dengan cikgu-cikgu cuti kan? So, tak sah lah kalau cuti tak pergi vacation. Right? Termasuklah family kitorang. Half of my family cikgu-cikgi semuanya. So, tak susahlah sebab cuti semua sama. Then, untuk cuti kali ni kitorang decide buat short vacation to Cameron Highland. Memang short vacation sangat sebab kitorang pegi balik hari. Pagi pegi, petang dah balik dah. T_T So, untuk this entry nak buat review sikit lah pasal Cameron Highland. Cuti panjang lagi kan. So, kalau ada mana-mana family yang nak pegi bercuti, then go to Cameron Highland. :)

Okay. Pagi-pagi tu cadangnya nak pegi pukul 7. Tapi, disebabkan dua ekoq abang aku yang payah nau nak bangun, terus pegi pukul 8. *penat je bangun pukul 5. Dah siap-siap semua, then kitorang terus je bertolak pegi. Tapi kitorang singgah Lata Iskandar jap. Nak celebrate our nephew's first birthday. Ha, jauh sangat tau sambut birthday.

This is Lata Iskandar :)

Happy Birthday Muhammad Razynn Hadiff :)
After that, kitorang teruskan pegi Tanah Rata.Oh, lupa nak cakap. Kitorang ikut jalan Tapah. Ingat takde lah pusing sangat. Sekali, pening sampai tertidoq tau. Tahan muntah punya pasal. Kalau muntah kang, tak kiut pulak. EH? Jalan punya jalan punya jalan. Kitorang sampai dekat Bee Farm apantah. Tak ingat nama. Sebenaqnya takdak apa sangat. Dia macam tempat ternak lebah je. Yang lain-lain macam kebun. Tanam bunga. Tanam stroberi.  Masuk dia free lah.Tak rugi apa pun kalau pegi.


Ni tempat ternak lebahnya. :)

Tengok? Tak Taman Lebah sangat. T_T

Mak ambik benih bunga matahari. Sesuka hati je. Haha.

For sale? Padahal takdak buah pun.
Dah habis melawat kat situ. Then nak proceed pegi tempat lain pulak. Time ni lah tragedi bermula. Time tu tak perasan pulak ada lebah duk mai ikut kami masuk kereta. Tiba-tiba terasa benda bergerak dalam kain. Haa, apa pulak dah ni. Pegang punya pegang. Sekali dia bagi love bite plak dahh. Sakit tau tak. Abang aku bleh gelak-gelak pulak. Kojaq sungguh. Tapi, aku diam aje. Biaqkan dia nyutnyut kat kaki aku ni. Huu. Lepastu kami sampai kat Agro Highland. Yang ni pun masuk dia free je.

Abaikan driver aku kat belakang tu. 

Ada jual-jual kaktus.
 Tempat ni biasa-biasa je lah. Ada jual-jual bunga lah, stroberi lah. Kaktus pun banyak. Tapi kami tak beli satu pun. Haha. Apa yang best nya, kat sini baru aku kenal satu buah ni. Buah Kelapa Laut. Sebelum ni tak penah tengok, tak penah kenal. Ingatkan buah kelapa laut tu ada kat afrika jaa. Buat ubat batuk cap Kelapa Laut Afrika. Tapi bila sampai sini, baru la dapat rasa. Air dia tu macam rasa gula merah sikit.

Thanks bro bagi ambik gambaq !

 Lepastu, kitorang proceed pegi Bharat Tea Plantation pulak. Jarak antara dua tempat ni tak jauh sangat. Nak jalan kaki pun boleh. Kat tempat ni takde ape sangat jugak. Kalau nak ambik gambaq fenfeeling AdaMaya dengan Ombak Rindu ok lah. Sebab teres teh dia tu lawa. Kat sini pun ada cafe jugak. So, kalau lapar nak makan tepi ladang teh boleh je. :)




Okay. Harus ada gambaq fenfeeling. Haha.
Next place yang kitorang pegi is MARDI. Tempat ni jauh sket lah dari Bharat Tea Plantation tadi. Kena naik kereta la kalau nak pegi. Haha. Okay. MARDI ni sesuai lah kalau nak ambik gambaq ala-ala omputih sikit. Dia punya pemandangan memang okey lah. Masuk sini kena bayar. Tapi tak ingat berapa. Untuk dewasa 3 ringgit kot. Tapi yang pasti kanak-kanak bawah 6 tahun free aje.




 

Tapi kitorang tak bernasib baik sangat. Tiba-tiba hujan turun pulak. So, banyak tempat tak boleh nak pegi. Singgah makan and solat. Lepastu terus balik je. Kea farm pun tak sempat nak singgah. Nak cakap lagi sedih tu, pegi Cameron Highland tapi buah stroberi seketul pun tak makan. Haha. Dalam perjalanan balik tu, kitorang ikut Simpang Pulai. Then, sempat lah singgah dekat Avant Chocolate. Kat sini, bagi aku, memang wajib singgah ! Tempat tangkap gambar dia memang cantik-cantik.













So, tunggu apa lagi? Jom pegi Cameron. Tak dapat nak buat review banyak tempat sebab kitorang tak berkesempatan nak pegi kan. Lagipun memang plan balik hari. Kalau nak tido kat sana, lagi banyak tempat boleh pegi kan? Hee~

Credit to my sister for the beautiful picture :)

Toddles :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Oh by the way, hari Khamis ni my final exam of Matriculation punya result keluar. Tolong doakan ye? Thankyou :)

No comments: