Vacations End

Assalamualaikum. Hello everyone. :)

Fuuhh fuhh. Pasaipa banyak sangat habuk ni?

Okay. Cuti sekolah dah habis. Maknanya, sesi jalan-jalan pun dah habis. Duit pun dah habis jugak. Hm. Tapi, sempat jugak pegi jalan-jalan kat Taiping, Kuala Kangsar dengan Kedah. Hehe. Sakan sangat bejalan. Meh nak buat review. Ni entry panjang tau. :)

Mula-mula sekali kitorang pegi Taiping. Time ni ada Mak, Abah, Aku dengan Akak je. Kebetulan je hari Sabtu lepas ada sepupu kawen kat Ipoh. So, abah ambik keputusan malam tu tido kat rumah akak. Esoknya pagi-pagi bertolak pegi Taiping.Kat Taiping ni banyak je tempat nak pegi melawat. Ada Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Muzium Perak and macam-macam lagi. At first sebenarnya nak pegi Bukit Larut je. Tak penah pegi lagi walaupun anak jati Perak. Kesian sangat. Pegi punya pegi, sekali tutup daaa. Jalan nak naik atas kat Bukit Larut tu ada tanah runtuh pulak. Kitorang pun merayau-rayau je lah kat bawah tu. Keciwa gundah gulana. Tapi dekat sini okay lah. Boleh joging, boleh hiking. Siapa yang kaki hiking tu, boleh try hiking Bukit Larut :)




Dah habis merayau-rayau kat situ, kitorang pun bawak diri dan hati yang berduka lara ni jalan-jalan sekitar Taiping. Kitorang pun terus pegi Taman Tasik Taiping.

My Backbones :)

So far, pada aku tempat ni okay lah. Untuk family luangkan masa, untuk pengantin tangkap gambar, untuk joging pun boleh. Cantik tempat ni. Ada tempat naik angsa kayuh-kayuh tu, tapi kami tak naik pun. Huhu. Then, kami saja-saja je pegi tengok zoo tu. Tapi tak masuk pun. Sebab mak kata, "bawak budak-budak tua. Tak seronok masuk zoo. Kalau bawak budak kecik takpelah". Okay. Sentap mak nak. Haha. Dekat jalan keluar dari zoo tu, tiba-tiba ternampak tempat tunggang kuda. Tepi jalan je. Belah kiri. Kami saje-saje je masuk. Takde niat nak naik kuda tu pun. Sebab nak naik kena bayar. Sedangkan bagi makan pun kena bayar RM5.



Harga nak naik kuda.
Yang paling tak boleh belah nya, kami saje-saje je lah nak tangkap-tangkap gambaq kat kuda tu. Tiba-tiba penjaga kuda tu tanya, "Nak cuba bagi makan kuda ke?". Kami pun kata lah takmau. Sekali dia marah agaknya. Terus angkut kuda tu masuk kandang. Tak cakap ape dah. Kami pun terdiam sekali. Nah kau. Haha. Lepastu, kitorang pun angkat kaki, cabut~ Haha. Tapi, tengok jam awal lagi time tu. Dalam pukul 11. Mana nak pegi lagi ni. Fikir punya fikir, tekeluar dari kepala otak, "Jom pegi Kuala Kangsar terus lah? Boleh solat Zohor kat Masjid Ubudiah". Haha. Ape lagi. Terus gerak pegi KK. Macam biasa, dalam kereta kerja aku tidur je. Tahu-tahu dah sampai. Ingat nak terus pegi Masjid Ubudiah. Tapi baru pukul 12.30. Lambat lagi kan. Singgah jap Galeri Sultan Azlan Shah. *Al-Fatihah. Entah kenapa, bila masuk je pagaq galeri tiba-tiba rasa sebak semacam. Untuk pengetahuan semua, Sultan Azlan Shah telah mangkat pada 28 Mei 2014.

Bayaran masuk.

Dekat dalam ni ada semua cerita pasal Almarhum Sultan Azlan. Dari dia kecik, salasilah keluarga, masa sekolah, belajar, family, cucu cicit baginda. Semua ada. Sebagai anak jati Perak, aku berbangga dengan pencapaian baginda. Satu-satunya Sultan yang jadi Ketua Hakim Negara. Dahlah hensem, aktif sukan, bijak pulak tu. Semoga baginda ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.




Haruslah suruh orang lain ambikkan gambar. Haha

Lepas habis melawat kat situ, kami terus pecut pegi Masjid Ubudiah. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan solat kat situ. Dan alhamdulillah, rezeki kami, makam Almarhum Sultan Azlan dibukak. Sempat tengok pusara. Serious sebak time tu. :'(

This is Masjid Ubudiah :)

Al-Fatihah :'(


-------------------------------------------------------------------------------------------

Okay. Masuk second chapter. Cerita Kedah ! Aku pegi Kedah ni pun sebab kampung kakak ipar aku. Saje jalan-jalan. Kebetulan pulak mak ayah kak long aku tu nak pegi umrah. Elok ziarah sekali. Hehe. Lama tau aku kat sana. 4 hari 3 malam. :) Tapi tak pegi banyak tempat sangat. Sebab banyak komitmen lain kan. Huhu.

Hari Rabu tengahari aku dengan kakak aku dah bertolak pegi Kedah. Disebabkan kitorang dua orang je yang pegi, naik bas jelah. Kasik can mak abah sweet-sweet kat rumah. Sepanjang perjalanan, kerja aku tidur je. Ya Ampun. Buruk perangai. Haha. Sampai Kedah terus balik rumah kak long kat Pokok Sena. Hari pertama dengan kedua tak banyak jalan. Hari pertama tu sebab sampai pun pukul 7. Malam tu rehat-rehat sesuaikan diri je. Esoknya pulak, pagi-pagi dah kena bangun sebab nak hantar parents kakak ipar aku pegi Umrah. Tapi kami hantar sampai Alor Star je lah. Haha. Balik-balik, terus hujan sepanjang hari. Dan kerja aku tidur lah lagi.

Hari Jumaat tu bangun pagi-pagi lagi. Ingat nak pegi jalan-jalan ke. Tapi takde jugak. Sampai ke tengah hari tunggu. Kakak aku tidur lama sangat sampai cakap, "Berapa lama lagi kena tidur ni?". Haha. Aku kata tidur je lah. Kat rumah orang je boleh tidur lama. Kat rumah kena bising dengan mak. Petang tu lepas Asar baru keluar. Nak pegi Padang Besar katanya. Jauh jugak dari situ nak ke sana. Dalam sejam lebih. Tapi tak terasa sangat sebab sibuk melayan budak beret si Razynn Hadiff ni.


Abangnya tak ikut sebab tidur kat rumah Tok Nek dia. Sepanjang jalan tu banyak jugak tempat yang boleh nampak. Tapi kami tak singgah. Ada Ladang Tebu kat Chuping. Boleh la singgah kalau nak singgah. :)



Lepastu kami pun sampai la Perlis. Sanggup tu berenti semata-mata nak tangkap gambar pintu gerbang. Haha.


Lepastu, along tunjuk kampus UniMAP. Baru lagi. Besar pulak tu. Masa along aku daftar sini dulu, baru nak upacara pecah tanah. Semangat tengok Jamal Abdillah dengan Siti Sarah nyanyi. Dulu takde pun nama UniMAP lagi. Masa tu Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Sampai sekarang aku ingat lagi lagu KUKUM tu. Haha. Sekarang ni bukan main canggih. Bersyukur ye penuntut UniMAP.


Bagi la peluang merasa. Dulu tak dapat. Haha.

Finally, kitorang sampai jugak Padang Besar. Tu pun punya azab nak cari parking. Ramainya umat ! Tapi dapat la selit-selit jugak.


Bagi aku, siapa yang suka shopping ni, boleh la datang sini. Tapi kena pandai tawar-menawar dengan bandingkan harga. Ramai peniaga jual benda yang sama, tapi harga lain-lain.

Dalam kompleks :)
Tempat ni pun besar. Ada bahagian dalam dengan luar. Macam-macam ada kat sini. Baju, seluar, anak patung, jam, makanan, kasut. Aih, macam-macam ada lah.Tengok je nak apa. Tapi aku jumpa benda paling rare sekali.


Ya Allah. Aku ingatkan benda ni untuk letak nasik lemak betul-betul. Tanak dia terbukak ke apa kan. Sampai balik Perak aku tertipu. Rupanya untuk letak barang. Kakak aku cakap. Bentuk je macam nasik lemak. I iz sad. T_T. Lepastu kami terus je pergi Kuala Perlis pulak. Nak makan malam. Kami singgah Mona Ikan Bakar kalau tak silap namanya. Sedap sangat! Must try. Tapi lupa nak tangkap gambar. Hehe.

Terima Kasih belanja. Haha. 

Lepastu terus heading back home. Esok dah nak balik dah. Pagi-pagi bangun kemas beg semua. Rupanya petang baru nak balik. Suruh siap-siap, kami siapkan beg terus angkut keluar. Sekali along kata, "Usah poyo! Petang baru balik.". Amek kau. Malu I tau. Siap-siap terus keluar. Tapi tak tau mana nak pegi ni. Rupanya along nak jumpa Exora Owners Club Malaysia kat Kedah.Nak pegi jalan-jalan sekali. Tapi kami singgah lunch dulu kat Medan Selera yang dekat stadium Kedah tu. Kedai Shukor Nasi Ayam. Yang ni pun must try! Sedap sangat. Tengah-tengah makan, air pun sampai. Aku order Bandung Cincau. Memang macam special sikit sebab air, sirap, cincau dengan susu dia tak bercampur. Macam jadi layer yang lain-lain lah. Semua kagum. Special nya, special nya. Sekali kakak ipar aku boleh pulak buat lawak.

"Wah, 'spender'nya"- Kak Long

Kitorang dah terkedu. 

"Eh silap-silap. Special nya!"

Kami pun apa lagi. Nah kau. Gelak macam ape je. Haha. Tapi masa tu cover-cover lagi sebab tengah makan. Plus ramai orang kan. Ceyh, lepastu buat tak tau. Padahal nak gelak lagi tu. Along aku paling terbahak-bahak sekali. Dah makan tu, heading pegi Muzium Padi.


Biasa-biasa je tempat ni. Cerita pasal padi je kan. Kalau nak buat rombongan sekolah okey lah kot. Tapi masuk kena bayar. Aku tak tau berapa sebab orang belanja kan. Haha.


Jangan tertipu. Ni gambar je. Haha
Masa dalam Muzium Padi ni, still teringat ingat lagi kisah time makan tadi. Hah, sebab takde orang sangat, masing-masing hambur gelak. Amek kau. Sian kak long aku. Tersipu-sipu dia time tu. Haha. Dah habis kat Muzium Padi terus balik rumah. Sebab nak siap-siap kan. Petang tu lepas Asar terus balik Perak. Sempat lah singgah Pekan Rabu kejap. Nak beli pekasam. Tapi kejap je lah. Kejap sangat. Tak sempat tengok pun apa ada.




Haha. Macamtu lah kisah aku berjalan sepanjang cuti ni. First time pergi bercuti banyak tempat. Biasa lah orang cuti lama kan. Hehe. Aku mintak maaf lama baru nak story. Sibuk uruskan anak-anak kat rumah ni. Hehe.

Toddles :)

-----------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah. Allah still bagi peluang dan jalan untuk aku study. Nervous-nervous. Doakan ye? Thankyou :)

No comments: